Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 1, 2011

Liga Super: 14 pasukan berentap (Sinar Harian Online)


MALAM ini, sebanyak 14 pasukan bola sepak tempatan berentap membabitkan perlawanan Liga Super 2011.

Pendahulu liga, Kelantan menanti kunjungan naib juara Piala Malaysia tahun lalu, Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV. Skuad kendalian Datuk M Karathu itu nyaris mengalami kekalahan pertama musim ini sebelum bangkit mengikat Kedah 1-1 di Alor Setar, Jumaat lalu.

Kelantan kini mendahului carta liga namun diekori rapat Perak yang hanya dibezakan menerusi perbezaan gol.

Prestasi Seladang musim ini begitu menakjubkan setelah merakam tiga kemenangan serta dua seri kembali meletakkan pasukan itu kian digeruni. Mereka berdepan Harimau Muda A di Stadium Ipoh, Perak.

Skuad ‘Peteh Ganu Peteh’ tekad meneruskan rentetan kemenangan apabila menghadapi Johor FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Namun, Te�reng�ganu harus berhati-hati muslihat bakal dipamerkan pasukan selatan tanah air itu.

Penyandang juara, Selangor perlu memulihkan reputasinya sebagai jagoan bola sepak domestik. Dikhabarkan, ketumpulan jentera serangan antara puca mereka sekadar seri ketika bertemu Johor FC.

Lawan mereka kali ini adalah pasukan Hijau Kuning yang diperkuatkan semula kehadiran pemain utama setelah dibelenggu kecederaan dalam aksi yang dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam.

Keupayaan Felda United dalam kancah elit Liga Super tidak boleh diragui. Hanya tewas sekali sepanjang lima permainan membuktikan skuad pimpinan E Elavarasan harus diberi perhatian pasukan lain musim ini yang bakal membuat percaturan dengan T’Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Juara edisi sulung, Pahang melawan Sabah di Stadium Darul Makmur.

Skuad Tok Gajah itu pastinya bersemangat menghampakan wakil Borneo yang kini berkedudukan dua tercorot.

Satu-satunya pasukan yang belum mencipta kemenangan dalam liga adalah Perlis. Entah di mana silapnya, pasukan Singa Utara itu terperosok di dasar liga dan menyaksikan gawang gol paling banyak dibolosi iaitu 12 jaringan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...