Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 16, 2011

Khazali enggan layan desakan letak jawatan (Sinar Harian Online)


“Saya tidak mahu layan desakan peminat.” Itu reaksi Pengurus Pasukan Liga Super Kedah, Datuk Khazali Din ketika ditanya berhubung desakan penyokong Hijau Kuning yang mahu beliau meletak jawatan sebagai pengurus.

Menurutnya, peminat diminta menemui Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekiranya benar-benar tidak berpuas hati.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan wujud campur tangan pihak ketiga yang mahu menjatuhkannya.

“Saya tidak akan berundur dan terus menjalankan amanah sebagaimana diarahkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Khazali berkata, penyokong Kedah perlu bersikap rasional dan tidak menuding jari kepada sesuatu pihak kerana ia tidak menyelesaikan masalah.

“Terdapat penyokong yang mendesak KFA melantik semula bekas pengurus, Datuk Othman Aziz. Tetapi, mereka sudah lupa KFA diterajui Menteri Besar Kedah yang sama sekali berbeza aliran politik dengan Othman.

“Saya kasihan dengan Ahmad Yusof (Jurulatih Kedah) kerana beliau disalahkan sepenuhnya oleh penyokong walaupun mengundur diri secara rela hati,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan hasrat Khazali untuk meletak jawatan sebagai pengurus sehari selepas kekalahan Kedah pada saingan Piala FA di tangan Felda United, namun tidak dibenarkan KFA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...