Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 11, 2011

KFA tolak hasrat pengurus lepas jawatan (Utusan Malaysia Online)

ALOR SETAR - Hasrat pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din untuk melepaskan jawatan telah ditolak pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), sehari selepas pasukan itu kalah kepada Felda United dalam saingan Piala FA, Jumaat lepas.

Khazali berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau berasa bertanggungjawab dengan kemerosotan Hijau Kuning dalam Liga Super dan tersingkir pada suku akhir Piala FA.

"Memandangkan jurulatih Ahmad Yusof direhatkan, saya menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatan tetapi ditolak oleh KFA dengan alasan pasukan akan menjadi kucar-kacir dengan ketiadaan kami berdua," katanya di sini, semalam.

Khazali berkata, beliau akan terus memegang jawatan itu selagi khidmatnya diperlukan oleh KFA dan sedia berundur jika sebaliknya.

Katanya, kemenangan ke atas Terengganu pada perlawanan Liga Super esok diharap dapat menyejukkan hati peminat dan penyokong pasukan Kedah yang sebelum ini mendesak KFA menggugurkan Ahmad sebagai jurulatih.

"Jika kita kalah, itu bermakna kemerosotan Kedah bukan disebabkan oleh jurulatih semata-mata, tetapi semuanya terlibat," katanya.

Selepas enam perlawanan Liga Super, Kedah mengumpul enam mata di tangga ke-10 liga dengan hanya menang sekali dan seri tiga kali. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...