Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 16, 2011

Kelantan hadapi laluan sukar (Berita Harian Online)

Oleh Azizan Hashim, Asrol Awang dan Mohd Fitrie Muhammad
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/16

GOL Norshahrul (dua dari kanan) belum cukup untuk menjamin Kelantan layak ke separuh akhir Piala FA, selepas seri dengan FELDA United dalam perlawanan Piala FA suku akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam tadi.
GOL Norshahrul (dua dari kanan) belum cukup untuk menjamin Kelantan layak ke separuh akhir Piala FA, selepas seri dengan FELDA United dalam perlawanan Piala FA suku akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam tadi.

Selangor selesa, 2 pasukan lagi perlu tunggu perlawanan suku akhir kedua

HANYA Selangor yang dianggap sudah meletakkan sebelah kaki untuk ke separuh akhir saingan Piala FA apabila mendapat bekalan agak selesa tetapi calon bagi tiga slot lain mungkin perlu ditentukan di akhir perlawanan suku akhir kedua, Jumaat dan Sabtu ini.

  • Di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kelantan yang terdesak mahu berada di landasan kemenangan semula selepas kekalahan pertama Liga Super kepada Pahang minggu lalu, masih belum menemui sentuhan apabila sekadar seri 2-2 dengan FELDA United.Skuad Datuk M Karathu yang turun penuh bersemangat di depan penyokong setia Red Warriors, dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat hasil jaringan Mohd Zamri Chin pada minit ke-31 tetapi tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi kapten, Mohd Badri Radzi yang melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-45.

    Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menggunakan kemahirannya untuk meletakkan Kelantan di depan pada minit ke-70 tetapi tatkala keadaan memihak Kelantan, Liew Kit Kong menghampakan tuan rumah dengan gol penyamaan pada masa tambahan.

  • Di Stadium Ipoh, Perak turut menggunakan kelebihan gelanggang sendiri untuk mengatasi Terengganu 3-2 dengan Isma Alif Mat Salim membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-14 tetapi Abdul Manaf Mamat menyamakan kedudukan lima minit sebelum rehat.

    Pada babak kedua, anak buah Norizan Bakar meningkatkan asakan dan mendahului menerusi jaringan Md Fazrul Hazli pada minit ke-79 dan Akmal Rizal Rakhli meletakkan Perak dalam keadaan selesa dengan gol ketiga, tiga minit selepas itu tetapi barisan Irfan Bakti Abu Salim merapatkan jurang menerusi gol kedua Reeshafiq Alwi pada minit-minit terakhir.

  • Di Stadium Darulmakmur, Pahang yang mempunyai kelebihan bermain dua kali di gelanggang sendiri, merakam kemenangan ke atas Kuala Lumpur, 2-1 hasil jaringan Famirul Asraf Sayuti (m-29) dan Azamuddin Mohd Akil (m-64) manakala gol tunggal ‘tuan rumah’ diperoleh menerusi jaringan Ahmad Azlan Zainal pada minit ke-55.
  • No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...