Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 7, 2011

Kedah bakal ganti Ahmad (Harian Metro Online)

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) mungkin menggantikan Ahmad Yusof sebagai jurulatih berikutan desakan penyokong dan peminat selepas pasukan Hijau Kuning itu tersingkir daripada saingan awal Piala FA, Jumaat lalu.

Setiausaha KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib hari ini berkata, tugas Ahmad mungkin diambil alih penolongnya Radhi Mat Din sebagai pemangku jurulatih buat sementara waktu.

“Radhi hanya boleh pangku jawatan jurulatih sebab beliau hanya mempunyai lesen jurulatih kelas B sementara KFA mencari jurulatih baru yang berkeupayaan untuk membimbing pasukan,” katanya.

KFA menggariskan beberapa perkara dan bakal melakukan rombakan kecil dalam pengurusan pasukan itu dalam masa terdekat.

“Kami belum putuskan kedudukan Ahmad kerana tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan berlandaskan desakan peminat sahaja, banyak aspek perlu diberi perhatian kerana tidak mahu menganiaya mana-mana pihak,” katanya.

Hamdan, yang juga Exco Belia dan Sukan negeri berkata, beliau memahami perasaan peminat yang kecewa apabila pasukan kesayangan tersingkir awal dari saingan Piala FA.

“Maklum balas daripada pemain menunjukkan kesebelasan utama pasukan itu tidak serasi dan tidak berfungsi dengan baik terutama dalam misi menjaringkan gol.” Selain itu, katanya, pemain juga rasa tertekan ketika beraksi di gelanggang sendiri walaupun hubungan antara jurulatih dan pemain baik.

Kedah gagal ke suku akhir Piala FA musim ini selepas tewas 0-1 kepada Felda United manakala pada saingan Liga Super, Kedah menduduki tangga ke-10 daripada 14 pasukan dengan hanya memperoleh satu kemenangan selepas enam perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...