Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 12, 2011

Karathu congak strategi (Harian Metro Onine)

“LUMPUHKAN jentera tengah Pahang!” Arahan itu diberikan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kepada anak buahnya ketika beliau mengatur strategi menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Karathu berkata, sekiranya jentera tengah Pahang dapat dipatahkan, beliau yakin pemainnya mampu pulang dengan tiga mata penuh.

“Kalau pemain mampu mengatasi masalah ini, saya lihat kita ada peluang untuk menang. Namun apa yang penting, semua pemain perlu mengekalkan kekuatan mental seperti ditunjukkan pada perlawanan di tempat lawan sebelum ini,” katanya ketika sesi latihan Kelantan di Stadium Sultan Mohamad IV, kelmarin.

Katanya, walaupun berada di puncak liga, beliau tidak mahu pemainnya memandang rendah keupayaan pasukan jirannya itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...