Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

KAFA tubuh akademi bola sepak Army (Utusan Malaysia Online)


Annuar Musa (kanan) menyerahkan replika kunci kereta Inspira kepada Sathianathan pada pelancaran Akademi Red Warriors Al-Hambra (Army) di Kelantan Trade Centre, semalam.


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil langkah kehadapan dengan menubuhkan Akademi Red Warriors Al-Hambra (Army) dalam usaha melahirkan lebih ramaibakat baru sukan bola sepak di negeri ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, akademi tersebut akan diuruskan oleh bekas ketua jurulatih Red Warriors musim lalu, B. Sathianathan, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Menurutnya, untuk permulaan Sathianathan ditugaskan membentuk kerangka bagi mewujudkan akademi bola sepak yang baik.

"Bulan ini, kita akan menyiapkan satu manual yang merupakan kurikulum kepada akademi tersebut.

"Manual ini akan dicetak dan bukukan kerana kita mahu semua jurulatih mengikut kurikulum yang jelas seperti ditetapkan oleh pihak akademi.

"Kita tidak mahu jurulatih mengikut kepandaian masing-masing. Jadi, tugas pertama Sathianathan menyiapkan model ini. Kedua, memilih jurulatih di kalangan bekas-bekas pemain Kelantan dan kita mahukan seramai 12 orang untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Beliau menghadiri majlis penyerahan kunci kereta Proton Inspira kepada Sathianathan di The Red Warriors Station di sini, semalam.

Tambah Annuar, untuk permulaan sebanyak 240 peserta akan diambil menyertai akademi tersebut yang akan bermula selewat-lewatnya bulan depan.

Katanya, sebanyak enam pusat latihan akan dibuka di seluruh negeri iaitu di Tumpat-Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Machang-Kuala Krai dan dua di Kota Bharu.

"Kesemua peserta akan dikenakan syarat-syarat kemasukan tertentu dan kita sedang menyediakan kriteria-kriteria serta undang-undang untuk peserta di enam akademik tersebut.

"Selepas sesi latihan dijalankan, kita akan bentuk 12 pasukan iaitu enam di peringkat umur 12 dan 13, manakala enam lagi di peringkat 15 dan 16 tahun. Setiap pasukan akan didedahkan kepada perlawanan sebenar sesama pasukan sebagai ujian dalam pertandingan kompetitif," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...