Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 12, 2011

Johor FC kempunan, Pulau Pinang derita (Berita Harian Online)

Oleh Rizar Mohd Noor dan Faridzwan Abdul Ghafar
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/12

JOHOR FC terus kempunan untuk meraih kemenangan pertama di laman sendiri selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam tadi.

Sementara itu dalam saingan Liga Perdana, Tentera gagal memanfaatkan peluang merapatkan jurang dengan pendahulu, PKNS apabila sekadar terikat 0-0 untuk masing-masing membawa pulang satu mata di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

  • Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor terpaksa akur dengan kehebatan Staf USM Pulau Pinang selepas tewas 2-1. Mohd Afzan Zainal Abidin meledak dua gol pada minit kesembilan dan minit ke-35, manakala Johor menerusi Mohd Shoufiq Khusaini (m11).

  • Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang terus kempunan mengutip mata apabila tersungkur kepada Polis 2-0 hasil jaringan Khairul Izuan Abdullah (m75) dan Fazuan Abdullah (m83).

  • Di Stadium Negeri, Kuching, tuan rumah Sarawak turut gagal menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 2-0 di tangan Sime Darby FC. Gol-gol Sime Darby dijaringkan Yusri Abas dan Azrine Effendi.

  • Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Kuala Lumpur, Pos Malaysia mengatasi SDM Navy 2-1.
  • No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...