Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 17, 2011

Jang kepanasan (Harian Metro Online)

PRESTASI hambar yang berterusan dipamerkan barisan Negeri Sembilan dalam saingan Liga-M mendorong PBNS merancang mengambil tindakan drastik terhadap pasukan itu andai tiada perubahan dari segi persembahan dan pencapaian sebaik saingan Liga Super bersambung 2 April nanti.

Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang nyata kecewa dengan prestasi skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu, sudah membayangkan beberapa tindakan antaranya membubarkan barisan pemain dan menukar jurulatih.

Bagi beliau, persembahan pasukan selepas menamatkan lapan perlawanan jelas jauh daripada impian yang diharapkan sedangkan pasukan itu sudah memiliki ramai barisan pemain yang dianggap berkualiti dan berstatus elit.

“Hakikatnya pemain tidak mempamerkan persembahan pada tahap keupayaan sebenar dan bagi saya ketua jurulatih bertanggungjawab terhadap kekalahan demi kekalahan dialami pasukan kerana saya yakin ia mungkin ada kaitan dengan soal percaturan taktikal hingga menyukarkan pasukan mencapai kemenangan terutama di gelanggang sendiri.

“Justeru kita sedang menilai semula prestasi ketua jurulatih dan pemain dan jika keadaan ini berterusan , kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik terhadap mereka termasuk menggantikan ketua jurulatih lain.

“Kita bersikap profesional dan mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab terhadap prestasi kurang memuaskan ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Seremban semalam.

Menurut Mohamad, PBNS sudah mengeluarkan dua kali surat amaran kepada jurulatih dan pemain kali pertama ketika tewas kepada Kuala Lumpur pada saingan Piala FA dan berikutnya tumbang kepada Selangor, Sabtu lalu, di Paroi.

Malahan beliau berkata, PBNS sudah membuat beberapa perubahan kecil dari segi pengurusan pasukan termasuk menukar penolong pengurus, Faizal Zainal, mulai awal bulan ini, selepas dia dikatakan kurang disenangi pemain namun tindakan itu juga tidak memberikan kesan positif.

“Justeru, mereka perlu menunjukkan persembahan terbaik bagi meletakkan kembali pasukan di landasan kemenangan jika tidak mahu disingkirkan dalam pasukan ini,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...