Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

Jadual padat mula beri kesan (Utusan Malaysia Online)


Ketua pasukan Perak, Shahrulnizam Mustapha cuba menyekat gerakan pemain Harimau Muda A, Mohd. Faizal Muhamad pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin.


KUALA LUMPUR – Ketika jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mencongak mahu mendapatkan kesebelasan terbaik bagi menghadapi Pakistan dalam pertemuan timbal balik kedua kelayakan Olimpik di Lahore, satu persatu pemain utamanya dilanda kecederaan.

Selepas ketiadaan penyerang Izzaq Faris Ramlan, Kim Swee bertambah pening apabila dua pemain utamanya, Mohd. Affize Faisal Mamat dan Wan Zack Haikal Wan Noor pula mendapat kecederaan serius selepas perlawanan Liga Super dengan Perak di Stadium Ipoh, Perak.

Biarpun masih belum pasti sejauh mana tahap kecederaan kedua-dua pemain itu, berdasarkan pemerhatian awal, Affize dan Wan Zack mungkin terlepas peluang untuk bermain di Lahore, 9 Mac nanti.

``Affize mendapat kecederaan buku lali manakala Wan Zack kekejangan teruk di bahagian belakang lutut.

``Saya pasti mereka tidak sempat pulih untuk dibawa ke Lahore. Nampak jadual liga yang ketat mula memberi kesan kepada pemain, semakin ramai yang mendapat kecederaan, ” ujarnya yang dihubungi, semalam.

Affize, bek kiri Harimau Muda A berada di dalam kesebelasan utama semasa menang 2-0 ketika bertemu Pakistan tempoh hari di Stadium Bukit Jalil, sementara Wan Zack Haikal dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak itu, Harimau Muda A diikat oleh Perak 1-1. Jaringan Harimau Muda A dihasilkan oleh Wan Zack Haikal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...