Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 9, 2011

Harimau tak gentar (Harian Metro Online)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

MEMORI...Wan Zaharul Nizam  dan Mohammad Faizal Abu Bakar menurunkan tandatangan sebelum berangkat ke Lahore, kelmarin.
MEMORI...Wan Zaharul Nizam dan Mohammad Faizal Abu Bakar menurunkan tandatangan sebelum berangkat ke Lahore, kelmarin.

“KAMI sedia gempur.” Itulah keyakinan disuarakan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menjelang pertembungan dengan Pakistan bagi perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Punjab Lahore, malam ini.

Katanya, semua pemain berada di tahap terbaik meskipun menempuhi perjalanan jauh untuk tiba di Lahore semalam.

“Perjalanan kami untuk tiba ke hotel di sini mengambil masa hingga 16 jam. Tapi semua pemain dalam keadaan baik, tidak ada tanda-tanda keletihan kerana mereka mendapat rehat yang cukup. Tapi saya akan pastikan pemain berada di tahap terbaik esok (hari ini).

“Saya percaya pemain bersedia menggempur Pakistan kerana mereka menunjukkan tanda-tanda positif sebaik tiba di sini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Lahore, semalam.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi di Stadium Punjab jam 11 malam waktu Malaysia berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Menurut jurulatih berusia 41 tahun itu, beliau mengadakan sesi latihan ringan di perkarangan tempat penginapan, Hotel Park Plaza, Lahore pagi semalam sebelum sesi latihan rasmi di Stadium Punjab pada sebelah malam.

Ketika ditanya kemungkinan keadaan padang stadium yang berkapasiti 8,000 penonton itu kurang memuaskan berdasarkan gambar dipapar di laman web www.footballpakistan.com, Kim Swee berkata, anak buahnya bersedia berdepan apa jua situasi.

“Saya belum pasti keadaan padang di Stadium Punjab kerana sehingga kini saya belum berpeluang melihatnya tapi yang pasti kami akan bersedia menghadapi apa saja keadaan pada perlawanan itu,” katanya.

Atas kertas, skuad negara dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi Pakistan yang lebih dikenali dengan sukan kriket dan hoki itu bagi melangkah ke pusingan kedua. Malah, pasukan yang popular dengan jersi serba hijau itu hanya baru dua sebulan dikendali jurulatih Tariq Lutfi.

Untuk menghadapi skuad negara pada perlawanan kedua, Pakistan bagaimanapun melakukan persediaan rapi dengan mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Palestin. Pada perlawanan pertama mereka tumpas 1-2 dan kemudian berjaya mengikat lawan dengan keputusan 0-0.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena