Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 9, 2011

Hajat dapat Azraai cerah (Harian Metro Online)

HAJAT penyokong Hijau Kuning untuk melihat bekas jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah kembali ke pangkuan Kedah mungkin menjadi kenyataan.

Ini kerana Azraai Khor yang direhatkan daripada membimbing Harimau Muda A sejak Jun tahun lalu itu kini sudah tidak mempunyai ikatan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa semalam.

Keputusan dicapai selepas permohonan Azraai Khor yang meminta untuk dilepaskan daripada kontrak lebih awal menerusi surat tuntutan pampasan dipersetujui majikannya itu.

Mengikut kontrak asal, jurulatih yang cukup popular di kalangan penyokong Kedah atas kejayaannya membawa negeri itu melakar treble pada musim 2006/07 dan 2007/08 masih mempunyai kontrak dengan FAM sehingga Oktober ini.

“Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selesai, selepas kedua-dua pihak bersetuju akhirnya saya dibebaskan daripada kontrak. Keputusan ini berkuat kuasa hari ini (semalam) dan kini saya sudah tidak terikat dengan FAM,” katanya yang dilantik menjadi jurulatih Harimau Muda A pada November 2009.

Azraai Khor bersama penolong jurulatih, Azman Eusoff dan jurulatih penjaga gol P Mohana Sundram direhatkan FAM selepas pergolakan dalaman yang tercetus dalam skuad bawah 21 tahun negara itu ketika menjalani program di Slovakia awal tahun lalu.

Tempat Azraai Khor itu kemudian diserahkan kepada jurulatih Harimau Muda B, Ong Kim Swee.

Dan ‘pembebasan’ jurulatih berusia 58 tahun itu tampak menggembirakan penyokong Kedah yang ketika ini cemas dengan aksi terumbang-ambing pasukan mereka sehinggakan pihak pengurusan mengambil keputusan merehatkan ketua jurulatih, Ahmad Yusof.

Malah Azraai Khor sendiri tidak menolak sebarang kemungkinan beliau akan kembali ke pangkuan Kedah jika mendapat tawaran.

“Bila sudah bebas baru saya boleh bincang dengan mana-mana kelab yang berminat. Sebelum ini saya masih terikat dengan kontrak, jadi saya kena hormati kontrak bersama FAM,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...