Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 15, 2011

'Guna peluang terhidang sebaik mungkin' (Harian Metro Online)

“SEMPURNAKAN sebaik mungkin setiap peluang yang diperoleh.”

Demikian amanat ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu kepada setiap pemainnya bagi menghadapi cabaran menentang Felda United FC dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, malam ini.

Katanya, Kelantan perlu menjaringkan gol pada perlawanan itu dan pemain tidak boleh mensia-siakan setiap peluang terhidang bagi membawa bekalan selesa pada perlawanan kedua, 18 Mac depan.

“Setakat tujuh perlawanan Liga Super, mereka sudah menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan. Kita perlu berwaspada cabaran Felda kerana mereka memiliki ramai pemain berpengalaman dalam liga tempatan.

“Saya tidak pernah melihat dan tidak tahu corak permainan Felda dan sebab itulah saya mengingatkan pemain tidak memandang rendah keupayaan mereka. Pemain perlu memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diperoleh bagi membawa bekalan selesa pada perlawanan timbal balik,” katanya.

Karathu berkata beliau mahu pemain di posisi lain juga mampu untuk menjaringkan gol dan jangan terlalu mengharapkan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha melakukan ledakan.

“Saya pasti pertahanan pasukan lawan akan merantai pergerakan Norshahrul dan menyukarkan untuknya menjaringkan gol.

“Disebabkan faktor inilah saya mahu pemain tidak hanya bergantung kepada ketajaman ‘Mat Yo’ (Norshahrul) dan perlu mengambil peluang sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Karathu, pemain juga perlu menguatkan mental mereka dan berfikiran positif selepas menerima kekalahan pertama musim ini kepada Pahang, Sabtu lalu.

“Mereka perlu fokus pada perlawanan itu nanti dan saya berharap pertemuan menentang Felda United FC malam ini menjadi titik tolak kebangkitan pasukan skuad The Red Warrior bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan The Red Warrior, Azman Ibrahim mengingatkan kepada pemain supaya melupakan kekalahan kepada skuad Tok Gajah Sabtu lalu.

“Pemain perlu ada rasa tanggungjawab dengan kekalahan lalu. Jadikan kekalahan pertama itu sebagai pengalaman terbaik untuk meningkatkan prestasi pasukan musim ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...