Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 12, 2011

Gergasi Merah sedia hadapi tentangan Rusa (Sinar Harian Online)




SETELAH mara ke peringkat suku akhir saingan bola sepak Piala FA menewaskan Harimau Muda B, 4 Mac lalu, Selangor sedia menentang skuad Rusa dalam kempen liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Pengendalinya, K Devan berkata, anak buahnya berada dalam kondisi terbaik walaupun saingan berhenti rehat kira-kira satu minggu lalu.

Katanya, hasrat pasukan Merah Kuning dalam kunjungan ke Paroi adalah mencuri satu mata daripada pasukan lawan dan bonus jika berjaya mengumpul tiga mata.

“Negeri Sembilan perlu diberi perhatian berpandukan kepada senarai barisan pemain yang dimilikinya musim ini.

“Kami harus lebih berwaspada dan berkemungkinan menukar strategi permainan apabila bertemu mereka esok (malam ini),” katanya.

Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan dan dua seri, musim ini.

Selangor menjulang gelaran Liga Super sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2010

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...