Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, March 9, 2011

'Gegaran Lahore' (Berita Harian Online)

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/03/09

PEMAIN Malaysia gembira meraikan  gol kedua  jaringan  Mohd Irfan Fazail  dalam perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam,  23 Februari lalu.
PEMAIN Malaysia gembira meraikan gol kedua jaringan Mohd Irfan Fazail dalam perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Insiden letupan bom tidak jejas fokus Harimau Muda

LETUPAN bom di Lahore, semalam harus mencipta rasa gelisah skuad Harimau Muda pimpinan Ong Kim Swee tetapi misi tetap sama - turun ke gelanggang dan menewaskan tuan rumah, Pakistan dalam perlawanan pra-Olimpik di Stadium Punjab, malam ini.
Apapun, kejadian yang berlaku kira-kira 200 kilometer daripada lokasi hotel penginapan pasukan negara difahamkan berada dalam ‘zon selamat’ dan tidak menjejaskan persiapan pelawat mengilhamkan kemenangan berbekal modal 2-0 daripada perlawanan pertama.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak (FAM), Datuk Azzudin Ahmad ketika mengesahkan perkembangan terkini itu berkata keadaan di sekitar hotel penginapan skuad negara dan lokasi perlawanan adalah terkawal.

“Saya dimaklumkan, semua pemain dan pegawai kita yang tiba di Lahore semalam (kelmarin) selamat dan tiada apa perlu dibimbangkan ketika ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Saya juga difahamkan pengurusan pasukan juga menghadiri mesyuarat pengurus pasukan pagi ini (semalam) sebelum turun ke gelanggang menjalani latihan di Stadium Punjab, iaitu gelanggang perlawanan esok (malam hari).”

Kejadian letupan bom di bandaraya berkenaan dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan 127 yang lain.
Skuad negara bertandang ke Lahore bagi aksi kedua dengan bekalan dua gol hasil kemenangan di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua kelayakan Olimpik London.

Untuk perlawanan di Lahore, jurulatih negara, Kim Swee melakukan sedikit rombakan terhadap skuadnya yang menyaksikan penyerang, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir digantikan dengan A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim mengambil tempat pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor yang mengalami kecederaan, Muhammad Zamir Selamat mengisi posisi Izham Tarmizi Roslan di gawang gol manakala kecederaan saat akhir Mohd Faizal Muhamad memberi laluan kepada pertahanan, Nazirul Naim Che Hashim beraksi.

Selain itu Khairul Fahmi Che Mat kekal sebagai penjaga gol utama dan kapten pasukan selain tiga lagi pemain luar, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar turut tersenarai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...