Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 11, 2011

Gapai impian (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@bharian.com.my
2011/03/11

Harimau Muda sedia tempur gergasi Asia

PERSOALAN ‘bersifat ghairah’ ketika ini adalah gergasi mana bakal ditemui skuad Harimau Muda dalam menggapai impian besar mahu layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Kejayaan mengatasi Pakistan 2-0 menerusi perkiraan agregat dalam perlawanan kedua pra-Olimpik di Lahore, kelmarin harus menyuntik semangat baru kepada anak didik Ong Kim Swee walaupun sedar lawan berikut bukan calan-calang pasukan.

“Keputusan ini sudah memadai,” kata Kim Swee. “Tumpuan kini adalah ke arah pusingan berikut apabila kita diundi bertemu salah satu daripada 13 pasukan terbaik Asia.”

Undian pada 30 Mac ini bakal menentukan apakah Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lubnan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam menjadi penghalang berikut.

Andai menang pada 19 dan 23 Jun ini, skuad Olimpik negara akan menjadi 12 pasukan ke pusingan terakhir membabitkan tiga kumpulan dengan juara setiap kumpulan berkenaan layak ke London 2012.

Apapun, kejayaan ke atas Pakistan, jelas bukan atas faktor nasib tetapi hasil kerja keras setiap pemain muda negara yang tidak mengenal erti kalah - intipati sama yang dimiliki skuad abang mereka Harimau Malaya.
Seperti saya katakan selepas perlawanan pertama dulu, kami memang menjangkakan Pakistan akan memberi saingan sengit di perlawanan kedua nanti,” kata Kim Swee yang berjaya mengekalkan kelebihan dua gol dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Punjab, Lahore kelmarin.

“Memang kami gagal menambah jaringan, tetapi apa yang penting ialah mengekalkan kelebihan untuk mara ke pusingan seterusnya. Saya tidak anggap kami bergantung kepada faktor nasib semata-mata kerana skuad negara juga mencipta banyak peluang sebagaimana Pakistan.”

Paling hampir skuad negara mencipta peluang jaringan adalah menerusi pemain tengah berbisa, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria atau lebih dikenali sebagai “Kechik” apabila melakukan hantaran lintang ke depan pintu gol Pakistan, tetapi bola sekadar terkena palang.

“Keputusan ini sudah memadai,” kata Kim Swee yang kini terpaksa membuat persiapan untuk menghadapi Sabah di Stadium Likas esok dalam saingan Liga Super.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena