Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Fahmi wajar timba ilmu liga luar negara (Berita Harian Online)

2011/03/14

BEKAS penjaga gol Kelantan, Halim Napi memberi nasihat kepada Khairul Fahmi Che Mat beraksi di liga seberang jika ada kelab berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pada firasatnya, penjaga gol skuad negara itu harus mengorak langkah dalam kerjayanya dan pada masa sama satu sejarah akan tercipta apabila penjaga gol daripada negara ini beraksi di liga luar.

“Bagi saya, Fahmi tidak boleh menolak sebarang tawaran yang diterimanya kerana ia mampu memberi pengalaman dan suasana baru kepadanya sebagai penjaga gol utama pasukan kebangsaan.

“Peluang beraksi dengan pasukan luar perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan ia satu suasana yang berbeza berbanding beraksi di liga tempatan. Langkah bermain dengan pasukan luar juga secara tidak langsung dapat memberi kesan kepada mutu permainan skuad kebangsaan,” katanya.

Baru-baru ini, kelab Pelita Jaya daripada Liga Super Indonesia (ISL) mendedahkan tertarik untuk mendapatkan khidmat Khairul yang beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Disember, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena