Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 15, 2011

Elavarasan tenang (Harian Metro Online)

BERAKSI dua kali pada suku akhir Piala FA di gelanggang keramat Kelantan pastinya menghadirkan gerun buat skuad Felda United kendalian E Elavarasan.

Apatah lagi Stadium Sultan Mohamad IV itu yang cukup terkenal dengan sorakan penyokong fanatik ‘The Red Warriors’ adalah gelanggang yang cukup asing buat Felda apabila mereka tidak pernah beraksi dalam sebarang perlawanan rasmi di Kota Bharu.

Elavarasan berkata, biarpun anak buahnya menduduki tangga kedua Liga Super dan bersaing hebat dengan Kelantan yang kekal di puncak liga selepas tujuh perlawanan, namun beliau tetap menganggap skuad gergasi Pantai Timur itu adalah pasukan pilihan.

“Kami bermain dua kali dalam perlawanan Piala FA dengan Kelantan di Kota Bharu kerana gelanggang kami (Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras) tidak dapat digunakan. Ini pasti tugas yang berat buat pemain saya kerana Kelantan mempunyai kelebihan beraksi di depan penyokong setia mereka dalam kedua-dua perlawanan itu.

“Walaupun Felda United menduduki tangga kedua dalam liga tapi saingan masih awal dan itu belum membuktikan bahawa pasukan kami sudah mantap sebaliknya saya menganggap Kelantan pasukan pilihan dalam pertemuan ini.

“Apa yang boleh saya janjikan adalah pemain-pemain Felda United akan memberi tentangan sengit kepada Kelantan untuk mendapat keputusan baik nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro sebelum berangkat ke Kota Bharu semalam bagi menghadapi perlawanan suku akhir pertama, malam ini.

Felda United akan terus berada di Kota Bharu selepas perlawanan itu kerana aksi kedua yang sepatutnya diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras Jumaat ini terpaksa ditukar ke gelanggang lawan.

Elavarasan tidak berdepan masalah menurunkan barisan terkuatnya kecuali penjaga gol berpengalaman Mohd Hamsani Ahmad yang masih bergelut dengan kecederaan manakala pemain tengah Azi Shahril Azmi menjalani penggantungan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...