Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 4, 2011

Devan tiada niat perkecil cabaran anak didik Ismail (Berita Harian Online)

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/03/04

BUKAN berniat memperkecilkan kemampuan skuad Harimau Muda B, tetapi jurulatih Selangor, K Devan bakal merehatkan beberapa tonggaknya untuk perlawanan Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini selepas kejayaan menewaskan Kedah dalam saingan Liga Super, Selasa lalu.

Langkah itu menurut Devan bagi memberi rehat kepada pemain terbabit yang beraksi hampir semua enam perlawanan Liga Super yang mereka harungi setakat ini, menjelang aksi menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi 12 Mac ini.

“Saya mungkin akan merehatkan sehingga tujuh tonggak di bangku simpanan serta menyenaraikan dua atau tiga pemain baru untuk perlawanan itu bagi mencuba keserasian mereka,” kata Devan menjelang pertemuan menentang skuad kendalian Ismail Ibrahim itu.

Mengulas pasukan mana berkeupayaan menjuarai saingan Liga Super musim ini, Devan berkata masih terlalu awal untuk menilai keupayaan pasukan musim ini dan pada firasatnya menjelang April adalah detik paling sesuai untuk melihat pasukan mana yang benar-benar berkeupayaan menjuarainya.

Menurut Devan, setakat ini, tiada pasukan benar-benar boleh mendabik dada dan menganggap mereka sebagai calon juara kerana tahap prestasi kebanyakan pasukan adalah hampir sama.

“Berbeza dengan musim lalu yang mana hanya tiga pasukan - Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan - yang lebih menyerlah, musim ini menyaksikan beberapa lagi pasukan seperti Terengganu, T-Team, FELDA United dan Harimau Muda A turut mempunyai keupayaan yang seimbang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...