Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 7, 2011

Desak jurulatih dipecat (Sinar Harian Online)

PASUKAN bola sepak Kedah terus dilanda kemelut sejurus tersingkir daripada pertandingan Piala FA apabila peminat Hijau Kuning bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi pasu-kan Kedah, sehingga mendesak pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan jurulatih, Ahmad Yusuf digugurkan.

Sejurus tamat perlawanan menentang pasukan Felda United Jumaat lalu, sekumpu-lan penyokong mengadakan demonstrasi dan memegang sepanduk mendesak Khazali dan Ahmad dipecat kerana gagal mengemudi skuad Kenari dengan baik.

Reaksi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berhubung insiden itu agak tenang, walaupun situasi kini tegang, apabila beberapa laman blog dan Facebook penyokong turut mengecam Ahmad beriku-tan prestasi pasukan Kedah yang tercorot.

Exco Belia dan Sukan merangkap Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, KFA akur dengan perkara itu dan menggariskan beberapa pilihan kemungkinan membuat rombakan kecil dalam pengurusan pasukan.

“Buat masa ini, KFA belum memutuskan kedudukan Ahmad berikutan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan, hanya berlandaskan pada desakan peminat. Banyak aspek perlu kita beri perhatian dan kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak,” katanya, ketika ditemui selepas majlis perasmian dan makan malam Seminar Diaspora Arab Nusantara, malam semalam.

Menurutnya, beberapa cadangan bernas daripada peminat dikemukakan melalui telefon, laman web, blog dan Facebook akan dibawa dalam perbincangan, supaya suara penyokong Hijau Kuning tidak diketepikan.

“Kita pilih beberapa cadangan peminat untuk dipanjangkan dalam mesyuarat KFA bersama Presiden yang juga Menteri Besar, dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

“Antara kebarangkalian lain, merehatkan Ahmad, menggantikan tempatnya dengan penolong jurulatih, Radhi Mat Din sebagai pemangku jurulatih. Radhi hanya boleh memegang jawatan jurulatih sebab dia mempunyai lesen jurulatih kelas B,” katanya.

Pilihan kedua, menukar jurulatih baru dan menempatkan Ahmad di bawah bidang lain, antaranya akademik atau pemantauan bagi sukan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...