Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

Cari calon pengganti Mosthakeen (Harian Metro Online)

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my

JAWATANKUASA Pengurusan Pasukan dijangka bersidang dalam tempoh terdekat bagi membincang dan memutuskan perlantikan pengganti Mosthakeen Omar yang melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih Perlis, kelmarin.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz berkata, Mosthakeen dikatakan mengambil keputusan mengejut itu berikutan perbezaan pendapat selain kecewa dan tidak puas hati dengan pengurusan pasukan berhubung kegagalan pasukan sepanjang kempen Liga Super dan Piala FA, sebelum ini.

Ku Besry yang juga Pegawai Media PFA turut mengesahkan mereka sudah menerima surat peletakan jawatan Mosthakeen.

Beliau berkata, berikutan keputusan yang dianggap mengejutkan itu, sebarang keputusan yang bakal diambil kini diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan untuk tindakan selanjutnya.

“Antaranya termasuk memutuskan sama ada menerima atau sebaliknya surat peletakan jawatan itu. Paling penting adalah untuk berbincang dan mengenal pasti bakal calon yang layak untuk mengisi kekosongan Mosthakeen selepas ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...