Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

Bukan cipta alasan (Harian Metro Online)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

LINCAH...penyerang  Perak, Akmal Rizal Rakhli berjaya melepasi halangan pemain Harimau Muda A, Md Rafiuddin Roddin, kelmarin.
LINCAH...penyerang Perak, Akmal Rizal Rakhli berjaya melepasi halangan pemain Harimau Muda A, Md Rafiuddin Roddin, kelmarin.

ADA rasa terkilan di hati jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee apabila niatnya menjelaskan realiti sebenar cabaran dihadapi anak buahnya disalah erti sesetengah pihak.

Beliau sama sekali tidak menyangka kenyataannya mengenai jadual perlawanan padat yang terpaksa diharungi skuadnya menjelang pertemuan kedua pusingan kelayakan Olimpik 2012 menentang Pakistan, di Lahore, Rabu ini dianggap seperti sekadar cuba mencipta alasan.

Bagaimanapun, jurulatih negara itu tidak mahu melatah kerana persembahan dipamer barisan pemain mudanya pada tiga perlawanan dalam tempoh seminggu sudah membuktikan komitmen mereka dalam liga tempatan dan tugasan antarabangsa meskipun dihimpit masalah kecederaan dan keletihan.

“Ini bukan satu alasan, pasukan ini memang berdepan jadual padat kerana pasukan Harimau Muda A yang bersaing dalam liga turut bermain pusingan kelayakan Olimpik. Saya kena bahagikan masa untuk mengharungi perlawanan liga dan pada masa sama mengadakan latihan skuad Olimpik.

“Walaupun kelayakan Olimpik menjadi keutamaan, perlawanan Liga Super dan Piala FA juga penting. Jika anda lihat prestasi pasukan selepas perlawanan pertama Liga Super menentang Negeri Sembilan, kami tidak pernah tewas selepas itu dan jika cakap percaturan saya tidak betul itu silap, kerana lawan yang kami tentang bukan calang-calang pasukan.

“Saya terkilan kerana kenyataan sebelum ini disalah erti dan dianggap cuba mencipta pelbagai alasan,” katanya yang kembali mencongak strategi bagi pertemuan pusingan kedua Piala FA dengan Johor di Stadium Shah Alam, malam ini.

Ia perlawanan terakhir Harimau Muda A sebelum bertandang ke Lahore, Isnin ini bagi aksi timbal balik kelayakan Olimpik selepas menang 2-0 pada perlawanan pertama Rabu lalu.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengeluarkan kenyataan supaya Kim Swee tidak menjadikan jadual liga tempatan yang padat sebagai satu alasan, sukar menyediakan pasukan mantap bagi menghadapi pusingan kelayakan Olimpik.

Menurut Kim Swee, dengan 30 pemain yang dimiliki skuad Harimau Muda A, beliau memiliki kekuatan mencukupi bagi meneruskan cabaran liga dan peringkat antarabangsa.“Walaupun hanya mengekalkan tiga pemain daripada kesebelasan utama menentang Felda United sebelum ini, pasukan saya masih mampu seri 1-1 dengan Perak dan ini pencapaian baik kerana Perak tidak pernah kalah setakat ini,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...