Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 7, 2011

'Botol terbang lagi' (Harian Metro Online)

FAM perlu menilai semula tahap keselamatan di Stadium JCorp, Pasir Gudang yang masih longgar berikutan insiden membaling botol ke padang yang masih berulang ketika aksi Piala FA membabitkan Johor FC-Kelantan, Jumaat lalu.

Insiden itu hampir mencetus ketegangan yang menyaksikan pengadil perlawanan, Mohd Yusof Mat Karim terpaksa menghentikan perlawanan selama tiga minit berikutan penyokong skuad bergelar Lebah membaling botol ketika pemain Kelantan, Solihin Kanasian sedang mendapat rawatan di tepi padang.

Kejadian itu kali kedua berlaku di stadium itu selepas musim lalu penyokong Lebah turut membaling botol ketika saingan separuh akhir Piala Malaysia membabitkan Johor FC-Negeri Sembilan sehingga mencetus ketegangan.

Paling ketara adalah kegagalan pengurusan kelab itu mengasingkan penyokong Johor FC dan Kelantan yang hampir mencetuskan ketegangan ketika berakhir babak pertama perlawanan memaksa polis campur tangan bagi mengelak keadaan lebih serius.

Pengendali Johor FC, Azuan Zain enggan mengulas lanjut insiden itu sebaliknya menyerahkan kepada pihak pengurusan kelab untuk memastikan insiden itu tidak berulang kerana ia menjejaskan rentak permainan kesebelasan utamanya yang tewas 1-0 kepada Kelantan.

Azuan kecewa dengan persembahan barisan serangan diterajui Shahrizal Saad-Mohd Rashid Aya yang gagal melaksanakan tugas dipikul apabila masih terkial-kial untuk menjaringkan gol.

“Saya tiada masalah dengan bahagian pertahanan dan tengah tetapi apabila gerakan yang bermula kemas layu di hujung selepas barisan serangan kaku untuk melakukan penyudah berkesan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...