Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Benteng Barca pincang (Kosmo Online)


KEITA menjaringkan gol tunggal Barcelona ketika menewaskan Zaragoza 1-0 pada aksi Liga Sepanyol, Ahad lalu.


BARCELONA - Barcelona menghadapi kebimbangan di posisi pertahanan apabila berdepan Arsenal pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara di Stadium Nou Camp awal pagi esok.

Situasi itu disuarakan sendiri pemain tengah Barcelona, Seydou Keita yang menganggap masalah tersebut cukup besar untuk dihadapi pasukan berkenaan pada aksi penting nanti.

Keita yang menjaringkan gol tunggal Barcelona ketika menewaskan Zaragoza 1-0 pada aksi Liga Sepanyol awal pagi Ahad lalu kini mahu mengalih tumpuan untuk aksi bertemu Arsenal setelah tewas 1-2 di Emirates.

"Bertemu Arsenal, kami perlu tampil dengan mentaliti yang kuat kerana ini mungkin akan menjadi perlawanan paling penting kami bagi musim ini.

"Kunci utama kejayaan adalah menghalang Arsenal daripada menja- ringkan gol kerana saya yakin Lionel Messi, David Villa dan Pedro Rodri- guez akan mengemudi jentera serangan," kata Keita.

Begitupun, kelab Catalan itu dijangka berdepan masalah apabila pemain utama di posisi pertahanan tengah, Gerard Pique digantung perlawanan manakala Carles Puyol mengalami kecederaan.

Keita yang mungkin akan bermula dari bangku simpanan dengan jentera tengah Barcelona dikemudi Xavi, Andres Iniesta dan Sergio Busquets menjangkakan satu perlawanan sengit.

"Ia bakal menjadi satu perlawanan yang berbeza kerana Arsenal akan tampil ke sini kali ini dengan lebih pe- ngalaman dan juga idea-idea baru untuk berdepan kami.

"Namun, kami telah mempamerkan aksi terbaik dalam saingan liga domes- tik musim ini dan itu telah membuat- kan kami mampu tampil dengan begitu yakin untuk saingan Eropah ini," jelas- nya.

Musim lalu, Barcelona dan Arsenal turut bertemu tetapi pada peringkat suku akhir.

Arsenal berjaya mengikat Barcelona di laman sendiri tetapi dibelasah 1-4 di Nou Camp dengan kesemua empat jaringan tersebut adalah menerusi ledakan Messi. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena