Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 4, 2011

Azuan tertekan (Harian Metro Online)

Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my

TEKANAN kian terasa buat jurulatih Johor FC, Azuan Zain yang berdepan tugas rumit menentang Kelantan pada saingan Piala FA pusingan kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.

Tekanan sememangnya tidak mampu diketepikan bekas pertahanan Johor itu apatah lagi selepas dipalit dengan kekalahan memalukan ketika tumpas 3-0 pada saingan Liga Super sekali gus menggambarkan betapa skuad bergelar Lebah tampak masih lesu.

Azuan juga perlu memikirkan strategi ampuh untuk melayan kunjungan skuad bergelar ‘The Red Warriors’ yang turut menyimpan misi layak ke suku akhir selain mahu mengekalkan rekod tanpa kalah.

“Saya mungkin perlu melupakan khidmat dua tonggak, Shahrizal Saad dan Eddy Helmi Manan yang cedera ketika pertembungan menentang Terengganu, baru-baru ini selain posisi penjaga gol juga akan ditukar.

“Mohd Anis Faron mungkin direhatkan dan penjaga gol kedua, Mohd Fazli Paat disenarai dalam kesebelasan tapi saya perlu berbincang dengan jurulatih penjaga gol, Yusri Abdul Aziz sebelum membuat keputusan.

“Benteng pertahanan juga akan dirombak selepas Mat Saiful Mohamad turut cedera dan Abdul Rahman Zabul bakal mengisi kekosongan benteng tengah bergandingan bersama Mohd Hamzani Omar,” katanya.

Bagi mengukuhkan posisi tengah yang nyata longlai tanpa kehadiran Mohd Khairul Ismail yang belum pulih dari kecederaan, Azuan menaruh sandaran Azizan Baba bergandingan bersama kapten Rezal Zambery Yahya.

Kegagalan barisan serangan menterjemah setiap percubaan dengan jaringan turut merunsingkan Azuan yang berharap pemainnya lebih komited dan tidak melepaskan peluang terhidang untuk memastikan kemenangan memihak Johor FC.

“Tidak timbul masalah pada barisan serangan tetapi pemain seakan malu menjaringkan gol menjadi punca Johor FC gagal mencipta jaringan dan saya harap perkara itu tidak lagi berulang dalam pertembungan kalah mati malam esok (malam ini),” kata Azuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena