Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, February 26, 2011

Wan Jamak rombak kesebelasan (Harian Metro Online)

NEGERI Sembilan bakal merombak kesebelasan utama berikutan masalah kecederaan dan kad kuning dihadapi beberapa pemain utama skuad itu.

Namun, tumpuan utama akan diberikan terhadap usaha mempertajamkan lagi jentera serangan menjelang pertemuan Liga Super menentang Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Empat pemain utama, kapten, Mohd Shukor Adan, Idris Karim, Irwan Fadly Idrus dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin tak dapat diturunkan.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan khidmat pemain terbabit tidak dapat dimanafaatkan kerana masalah kecederaan dan kad kuning, sekali gus memaksanya merangka strategi baru dalam misi melakar kemenangan dan mendapatkan tiga mata berharga.

Menurutnya, beberapa pemain muda dikenal pasti untuk menggalas tugas di posisi yang ditinggalkan pemain terbabit selain mengharapkan pemain seperti G Mahathevan dan Abdul Halim Zainal yang beraksi di bahagian tengah memainkan peranan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena