Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 9, 2011

Walcott sanjung Capello (Metro Online)

LONDON: Theo Walcott mengakui perbincangan empat mata dengan jurulatih England, Fabio Capello mengenai punca penyingkirannya daripada skuad Piala Dunia memainkan peranan penting dalam membantu kebangkitannya musim ini.

Walcott yang dijangka turun ketika menentang Denmark di Copenhagen awal pagi esok, terkejut apabila mendapat tahu Capello tidak mahu memilihnya untuk mewakili England pada Piala Dunia tahun lalu.


Tetapi pemain sayap Arsenal itu perlu menunggu saat sesuai sebelum boleh kembali merampas tempatnya awal musim ini dan hanya baru-baru ini dia tahu apakah sebabnya dia tidak dipilih tahun lalu.

Walott terkenal dengan sikap malu dan lurus ketika di luar padang tetapi pemain berusia 21 tahun itu mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan pantas menghubungi Capello untuk mengetahui sebab sebenar namanya digugurkan.


“Saya mahu tahu mengapa nama saya tidak dipilih dan mengambil keputusan untuk bertanya kepada beliau selepas kami menjalani latihan,” kata Walcott.


“Kebetulan ia adalah masa yang tepat. Saya menundukkan kepala pada mulanya. Anda sudah tentu tidak mahu bersikap kurang ajar kepada pengurus.

“Saya gembira dengan jawapan yang diberikan. Tetapi ia rahsia kami berdua. Apa yang boleh saya katakan ialah jawapan itu membantu saya untuk bangkit.” Capello pernah mengaku beliau tersilap kerana mengenepikan Walcott dan mungkin apa diberitahu pengendali Itali itu tidak jauh berbeza dengan apa pernah dikatakannya.


Apa saja yang lahir dari mulutnya, berjaya membantu Walcott bangkit daripada kekecewaan dan sudah mempamer aksi mengkagumkan - sama seperti ketika dia dipilih Sven Goran Eriksson untuk mewakili England pada Piala Dunia 2006. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...