Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Valencia halang hasrat Santander catat kemenangan

MADRID: Valencia meledakkan gol pada lewat permainan untuk mengikat Racing Santander, 1-1 pada saingan La Liga, kelmarin sekali gus merencatkan suasana gembira di Racing selepas diambil alih ahli perniagaan India minggu lalu.

Ahsan Ali Syed yang menjadi pemegang saham terbesar kelab itu dilihat gembira di pentas utama selepas pemain penyerang, Ariel meletakkan Racing di depan pada minit ke-32.


Racing yang mencari kemenangan pertama tahun ini bagaimanapun dikecewakan jaringan penyamaan Valencia pada lewat permainan.

Tino Costa (gambar) menyamakan kedudukan 12 minit sebelum Ricardo Costa dibuang padang pada minit ke-89.


Pemain Racing, Medhi Lacen turut dibuang padang selepas itu tetapi tuan rumah akhirnya mempertahankan kedudukan seri sekali gus menidakkan impian Valencia melakar kemenangan kelima berturut-turut.


Valencia mengukuhkan kedudukan di tangga keempat liga dengan 41 mata daripada 21 perlawanan untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara. Racing pula berada di tempat ke-17 dengan 21 mata. - Reuters


--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...