Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 22, 2011

Tugas getir Harimau Malaya (Sinar Harian Online)




BARANGKALI, sudah terlalu lama kita tidak melihat pasukan bola sepak negara melangkah ke pusingan akhir Sukan Olimpik selepas kali terakhir menyertainya pada 1972 di Munich, Jerman Barat.

Walaupun gagal melangkah ke pusingan seterusnya, kejayaan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 segar dalam ingatan pemain dan penyokong Malaysia walaupun selepas itu tewas kepada Maghribi 6-0 serta 3-0 pada aksi pembukaan kepada tuan rumah.

Lapan tahun kemudian, Malaysia sekali lagi mengesahkan tiket ke pusingan akhir di Moscow, namun kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sejak itu, tidak kedengaran lagu Jalur Gemilang dimainkan di mana-mana venue Sukan Olimpik khususnya dalam sukan bola sepak.

Kini, sudah tiba masanya pasukan negara kembali bangkit dan digeruni lawan apabila dijadualkan bertemu Pakistan pada perlawanan pertama peringkat kelayakan zon Asia di Stadium Shah Alam, esok.

Lupakan seketika memori indah merangkul gelaran Sukan Sea 2009 dan muncul juara Asia Tenggara di kejohanan Piala AFF Suzuki lalu. Pentas Sukan Olimpik lebih berprestij dan besar jika dibandingkan dua kejohanan itu.

Sesungguhnya, peminat tempatan perlu memberi sokongan terhadap skuad bimbingan Ong Kim Swee dengan membanjiri Stadium Shah Alam malam esok sebagai tanda sayangkan bola sepak kebangsaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...