Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 9, 2011

Tak perlu pertikai

“TIDAK ada gunanya saya pergi ke kelab hebat jika tidak bermain.” Jawapan itu diberikan Mohd Safee Sali bagi menjawab tindakan segelintir pihak yang mempertikai keputusannya meninggalkan Selangor untuk menyertai pasukan tercorot Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya FC.

Pemain berusia 27 tahun itu yang sah menjadi milik kelab berpangkalan di Karawang Jawa Barat menerusi pengumuman dibuat majikannya, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kelmarin berkata, perpindahannya ke Pelita Jaya diharap menjadi batu loncatan kepada karier lebih baik buat dirinya.


“Kedudukan Pelita Jaya dalam liga tidak ada masalah kerana saya berpendapat liga di negara itu (Indonesia) lebih baik daripada Malaysia dan sepatutnya perkara ini tidak menjadi persoalan.

“Semua pihak perlu pandang perkara ini dengan positif, kelab ini sanggup menebus kontrak saya dengan Selangor. Tindakan ini membuktikan kepercayaan mereka terhadap kemampuan saya.


“Keputusan memilih bersama Pelita Jaya juga mengambil kira kebaikan kepada FAS bukan untuk diri saya saja. Ini sebagai permulaan dan selepas beraksi di sana mungkin ada kelab yang lebih baik berminat dengan saya,” katanya yang ditemui pemberita sebelum turun menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, semalam.


Keputusan Safee yang muncul penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu menyertai Pelita Jaya diperlekeh sesetengah pihak kerana pasukan itu menduduki tangga tercorot daripada 15 pasukan ISL.

Selain Pelita Jaya, pemain kelahiran Perak itu dilapor sebelum ini turut menerima tawaran kelab Persib Bandung dan Persiba Balikpapan.


Safee berlepas ke Indonesia Isnin ini bagi menyertai kelab bergelar The Young Guns itu turut mempunyai empat pemain import, Yuichi Shibakoya serta Tomoyuki Sakai dari Jepun yang beraksi di bahagian pertahanan, Walter Bruzuela (Argentina) tengah dan Dramane Coulibaly (Mali), penyerang.

--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...