Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 6, 2011

Tak kisah harga Carroll (Metro Online)

LONDON: Pemilik Liverpool, John W Henry menegaskan beliau tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan besar buat penyerang Newcastle, Andy Carroll kerana kelab itu meraih keuntungan £15 juta (RM73 juta) berikutan penjualan Fernando Torres ke kelab penyandang juara, Chelsea.

Keputusan Reds untuk membelanjakan £35 juta (RM171 juta) ke atas Carroll, yang beraksi dalam musim sulungnya pada Liga Perdana Inggeris, mengejutkan ramai tetapi Henry berkata bayaran itu tidak membebankan kerana wang yang mereka dapati daripada penjualan Tor- res.


“Bayaran diterima daripada Torres bergantung apa yang Newcastle minta bagi Carroll,” kata Henry menjelang pertemuan malam ini menentang Chelsea yang mungkin menyaksikan penyerang itu membuat kemunculan sulung buat kelab barunya.

“Rundingan bagi kami adalah perbezaan daripada harga yang dibayar oleh Chelsea dan kepada Newcastle.


“Harga itu mungkin £35 juta (daripada Chelsea buat Torres) dan £20 juta (kepada Newcastle buat Carroll), 40 dan 25 atau 50 dan 35.


“Ia semuanya bergantung kepada Newcastle berapa banyak kos yang diperlukan.” Ketika Ryan Babel berhijrah ke Hoffenheim dengan harga £6 juta (RM29 juta), perbezaan perjanjian Carroll membolehkan Liverpool membayar £22.8 juta (RM111 juta) untuk membawa penyerang Uruguay, Luis Suarez dari Ajax.

Henry bagaimanapun berkata beliau terkejut dengan keputusan Chelsea membayar £50 juta (RM245 juta) terhadap Torres dan ia menambah persoalan sama ada kelab London itu, yang dibiayai bilionair Russia, Roman Abramovich, benar-benar komited untuk menuruti peraturan kewangan badan bola sepak Eropah, Uefa. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...