Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 20, 2011

Singa Utara terus dirundung malang (Utusan Malaysia Online)


PEMAIN Pahang, R. Surendran (dua kanan) dikawal ketat pertahanan Sabah pada saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam. - MINGGUAN/ Mahathir Ali


KUALA LUMPUR - Perlis mensia-siakan dua kelebihan - beraksi di gelanggang sendiri dan menentang 10 pemain lawan ketika tersingkir daripada saingan Piala FA 2011 selepas tunduk kepada pasukan berstatus kelab, Felda United 0-2 di Stadium Utama Kangar, semalam.

Jaringan Rashid Mahmud pada minit ke-55 dan Muhamad Zamri Chin, minit ke-90 mengesahkan kemenangan juara Liga Perdana 2010, Felda United biarpun seketika laluan mereka tampak sukar apabila terpaksa mengharungi 86 minit permainan dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Mohd. Khairul Anuar Jamil dibuang padang di minit keempat.

Kekalahan ini memburukkan lagi musim skuad Singa Utara, Perlis yang sudah pun terpelosok ke kedudukan tercorot Liga Super dengan gagal mencatat sebarang kemenangan daripada empat perlawanan yang diharungi.

Sementara itu di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dipaksa berhempas pulas sebelum meneruskan kemaraan ke pusingan kedua dengan menumpaskan Sabah 2-1.

Gol kemenangan tuan rumah dihasilkan oleh R. Kartigesu pada minit ke-68 selepas R. Surendran sebelum itu membuka jaringan di minit ke-57. Gol saguhati Sabah dihadiahkan oleh Shahrul Azhar Ture, minit ke-70

Dalam perlawanan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bukan saja tersingkir daripada kempen Piala FA, malah diaibkan dengan kekalahan besar 1-5 kepada Johor di depan penyokong sendiri.

Jaringan pasukan pelawat disempurnakan oleh Norizam Salaman (17, 79), Adib Aizuddin Latif (penalti, 60), Mohd. Alif Yusof (73) dan Mohd. Asyraf Al Japri pada minit terakhir. Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan Noraslan Makhtar, minit ke-82.

Nasib buruk Pulau Pinang itu turut diikuti oleh kelab senegeri, USM yang tumpas 1-2 kepada Terengganu dalam satu lagi saingan di Stadium Olahraga USM. Gol Terengganu disempurnakan Mohd Zharif Hasna pada minit ke-19 dan Abdul Hadi Yahaya, minit ke-43.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, wakil Selangor, PKNS berpesta gol dengan membelasah Majlis Perbandaran Muar 5-0 untuk melangkah ke pusingan kedua.

Selain PKNS, Johor FC turut meraikan kemenangan besar menumpaskan SPA KL juga menerusi keputusan 5-0 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang.

Dalam perlawanan lain, Perak meneruskan kemaraan selepas menumpaskan PDRM 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengejutkan Sarawak 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Di Padang Kompleks Nusa Mutiara, Tebrau pula, Melodi Jaya dibelasah 0-4 oleh Harimau Muda B.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena