Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, February 26, 2011

Shakir belum puas bantu negara (Sinar Harian Online)




PENYERANG skuad Olimpik negara, Ahmad Shakir Md Ali masih terkilan kerana kegagalannya menyudahkan beberapa peluang keemasan walaupun Malaysia menang bergaya 2-0 mengatasi Pakistan pada perlawanan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, Rabu lalu.

Tambah malang, Shakir turut dilayangkan kad kuning dan memaksa jurulatih Harimau Malaya, Ong Kim Swee mengeluarkannya pada minit ke-50 untuk mengelak risiko dikenakan kad amaran kedua.

“Sebagai pemain penyerang, saya kecewa kerana tidak berjaya menjaringkan sebarang gol untuk pasukan negara walaupun memiliki banyak peluang terhidang.

“Keputusan jurulatih mengeluarkan saya pada babak kedua wajar ditambah dengan perlawanan berlangsung agak tegang dan berkemungkinan menerima kad kuning kedua jika tersilap langkah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Penyerang kelahiran Jitra, Kedah itu turut menyatakan dirinya masih belum puas bermain setelah dikeluarkan Ong Kim Swee pada awal babak kedua.

“Saya belum puas bermain semasa pertemuan dengan Pakistan, Rabu lalu. Saya sepatutnya menyalahkan diri ini kerana terlalu ghairah memburu gol sehingga menerima kad kuning dan tidak mampu mencatat nama sebagai penjaring.

“Kini, harapan saya membantu rakan sepasukan mara ke pusingan kedua walaupun menyedari Pakistan bakal memberi tentangan sengit.

“Saya akan bermain habis-habisan dan mungkin berpeluang meledak jaringan untuk Malaysia jika diberi kepercayaan oleh jurulatih pada pertemuan itu nanti,” katanya.

Penyerang berusia 22 tahun itu pernah mewakili skuad Harimau Muda A pada 2008 hingga 2010 sebelum mengambil keputusan menya-rung jersi kelahirannya, Kedah Darul Aman, musim ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...