Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 6, 2011

Sepanyol senarai skuad terkuat lawan Colombia (Berita Harian Online)

MADRID: Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque, kelmarin menamakan barisan terkuatnya untuk juara Piala Dunia itu menjelang perlawanan persahabatan menentang Colombia di Madrid, Rabu depan dengan hanya Carles Puyol menjadi pemain berprofil tinggi tunggal tidak tersenarai.

Pemain tengah Athletic Bilbao, Javier Martinez dan penyerang Valencia, Juan Mata tidak disenaraikan kerana perlu beraksi buat pasukan bawah 21 tahun namun pemain sayap Sevilla, Jesus Navas kembali diturunkan selepas disingkirkan akibat kecederaan.
Sepanyol memiliki misi besar untuk menebus maruah kekalahan besar 4-0 ke atas Portugal ketika aksi persahabatan terakhir di Lisbon November lalu.
Penyandang juara Dunia dan juara Eropah itu ketika ini berada di kedudukan teratas kumpulan kelayakan Euro 2012 dan dijadual menentang Republik Czech apabila perlawanan kelayakan kembali bersambung pada penghujung Mac depan.

Dalam pada itu, jurulatih Jerman, Joachim Loew menggugurkan Michael Ballack di dalam pasukannya untuk perlawanan persahabatan menentang Itali minggu depan di Dortmund dengan satu-satunya pemain baru yang tersenarai ialah pemain tengah berusia 22 tahun, Sven Bender, yang beraksi buat pendahulu liga, Borussia Dortmund.

“Dortmund sedang memuncak ketika ini dan Bender paling banyak mengagumkan saya,” kata Loew. “Dia pemain yang hebat dan banyak memenangi bola,” kata jurulatih Jerman itu dalam misi untuk menamatkan badi 16 tahun menentang Itali.
Pertahanan Bayern Munich, Philipp Lahm akan terus diberikan tugas sebagai kapten pasukan yang dikuatkan dengan wira Piala Dunia, Mesut Oezil, Arne Friedrich, Miroslav Klose, selain penjaga gol Schalke, Manuel Neuer. - Agens

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...