Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Seladang tekad baham lawan (Harian Metro Online)

“JANGAN sia-siakan peluang ini.” Justeru, kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa berharap rakan sepasukan menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk melakar kejayaan ketika bertemu Johor FC dalam saingan Liga Super 2011 malam ini.

Selepas seri 1-1 dengan Kuala Lumpur pada perlawanan pembukaan Sabtu lalu, Shahrulnizam yakin tuan rumah berupaya mengutip mata penuh pertama.

“Ketika bertemu Kuala Lumpur kami sukar mendapat rentak berikutan keadaan permukaan padang yang teruk. Bagaimanapun, malam esok (ini) permainan akan dijalankan atas padang yang jauh lebih baik.

“Saya yakin kami mampu bermain mengikut rentak dan keuapayaan biasa,” kata Shahrulnizam selepas latihan semalam.

Menurut pemain itu lagi, rakan sepasukan juga bertekad mengutip kemenangan malam ini sebagai penghargaan kepada sokongan pelbagai pihak kepada pasukan itu.

“Inilah masanya kami membalas sumbangan dan sokongan pihak terbabit termasuk penyokong tempatan. Justeru, kami perlu menang bagi meningkatkan keyakinan umum terhadap kemampuan pasukan,” katanya.

Shahrulnizam berkata, berdasarkan semangat semasa latihan dua hari selepas perlawanan dengan Kuala Lumpur, tuan rumah turun dengan keyakinan dan semangat tinggi untuk bertemu pasukan Lebah yang dikendali Azuan Zain.

Begitupun, bekas pemain tengah kebangsaan itu berharap rakan sepasukan tidak terlalu yakin kerana bimbang memakan diri apatah lagi lawan juga bukan calang-calang pasukan.

Malah, pemain tuan rumah diharap mengelak melakukan kesilapan yang akan memberi peluang dan kesempatan kepada pelawat untuk menghukum mereka.

“Saya harap mereka tidak melakukan kesilapan. Ketika bertemu Kuala Lumpur kesilapan menyebabkan Perak kerugian dua mata dan kami mesti sifar kesilapan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...