Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 15, 2011

'Saya mahu bimbing pemain muda Pelita Jaya' (Metro Online)

PENYERANG kebangsaan Mohd Safee Sali yang secara rasmi menjadi pemain Pelita Jaya FC, semalam, mengaku salah satu alasan utama memilih kelab itu adalah kerana ingin membimbing pemain muda kelab itu.

Sebelum itu, dia turut dilamar Persiba Balikpapan dan Persib Bandung. Namun, selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, Safee akhirnya memutuskan memilih Pelita Jaya dengan menandatangani kontrak selama setahun.


“Saya tahu ISL (Liga Super Indonesia) kompetitif. Pelita Jaya mempunyai ramai pemain muda dan saya ingin membimbing mereka menjadi bagus dan lebih berprestasi,” kata Safee pada sidang media di Hotel Kristal, selepas tiba di Jakarta semalam.

Keputusan skuad ‘The Young Guns’ mendapatkan khidmat Safee adalah untuk mempertajam bahagian serangan. Seperti sedia maklum, masalah penyudah Pelita Jaya menyebabkan pasukan itu menghuni tangga tercorot ISL.


“Saya juga mempunyai sasaran untuk mengangkat posisi Pelita ke tahap lebih tinggi lagi,” kata pemain berusia 27 tahun itu.


Pada Piala AFF tahun lalu, Safee menjadi penjaring terbanyak dengan meledak lima gol.

Ketika ditanya berapakah jumlah jaringan yang mahu dihasilkan bersama Pelita Jaya musim ini, Safee menjawab: “Yah, pokoknya sebanyak-banyaknya (mahu menjaringkan gol sebanyak mungkin). Saya ingin memberi tumpuan kepada permainan bersama Pelita dulu.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...