Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 22, 2011

Saya lebih selesa dipanggil Safee

2011/02/22

WALAUPUN pelbagai gelaran diberi kepadanya sejak menyertai Pelita Jaya, tetapi Safee Sali menegaskan dia lebih selesa dikenali dan dipanggil dengan nama Safee.

Selain digelar sebagai ‘Bambang Pamungkas Malaysia’ oleh media cetak di Indonesia, Safee yang menjadi perintis pemain bola sepak Malaysia beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) turut dipanggil ‘Sasa’ - singkatan awal namanya dan bapanya.
Dek kerana sebutannya itu, namanya seolah-olah sama dengan sapi (panggilan nama lembu di Indonesia). Ada yang mengesyorkan kepada penyerang prolifik itu agar dia ‘mencipta’ nama baru yang lebih komersial bagi mengelakkan tersalah sebutan, terutamanya di kalangan peminat kecil.

Malah, beberapa peminat kecil yang melihat aksinya ketika pasukannya berlatih di Puncak, Bogor hujung minggu lalu menjerit-jerit namanya dengan panggilan ‘sapi’ tetapi bekas penyerang Selangor yang muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF dengan lima gol, sedikit pun tidak mengambil hati.

“Saya tidak kisah dengan sebutan yang seakan sama itu, mereka kecil lagi dan saya tidak ambil hati. Namun, saya lebih selesa dikenali sebagai Safee. Saya mahu membina kerjaya saya dengan nama Safee dan mahu orang mengenali saya dengan nama itu,” katanya.

Sementara itu, pengurus peribadinya, Zakaria Rahim, turut sependapat dengan Safee apabila menegaskan penyerang itu tidak perlu menukar namanya.

“Namanya sudah cukup komersil dan terkenal di sini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...