Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 20, 2011

Safee tak cerewet, cepat mesra: Rizal (Berita Harian Online)

2011/02/20

DARIPADA hanya menonton aksi Safee Sali dalam Piala AFF Suzuki, bapa kepada dua anak, Rizal Saifullah, 36, tidak menyangka dia kini menjadi pemandu peribadi kepada pemain kelab Pelita Jaya FC itu.

“Seperti mimpi,” katanya ketika ditanya perasaannya apabila ditugaskan syarikat tempatnya bekerja menjadi pemandu peribadi Safee. “Saya terharu dan bangga kerana memandu untuk seorang bintang. Saya melihat aksinya dalam Piala AFF dan meminati aksinya yang cukup tajam di depan gol.

“Tidak sangka pula saya kini menjadi pemandu peribadinya,” katanya yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard untuk kegunaan dan urusan Safee serta keluarganya setiap hari.

Ditanya sikap Safee sejak enam hari menjadi pemandu peribadi kepada bekas penyerang Selangor itu, Rizal dengan jujur mengakui pemain 27 tahun itu dan keluarganya tidak sombong atau cerewet, malah cepat mesra.

“Dia sangat popular di sini selepas Piala AFF. Bukan saja di sini (Jakarta) tetapi ketika saya membawanya berjalan ke Bandung Selasa lalu, ramai orang yang menyedari kehadirannya berebut untuk bersalam dan bergambar dengannya.

“Jadi, saya juga bangga kerana membawa seorang bintang,” katanya yang ditugaskan menjadi pemandu peribadi Safee selama tiga bulan. “Jika boleh saya mahu sambung tetapi segala-galanya bergantung kepada syarikat.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...