Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 21, 2011

Safee berjaya pikat Radovic (Berita Harian Online)

2011/02/21

SAFEE  menjadi tumpuan orang ramai ketika menjalani latihan bersama pasukan Pelita Jaya di Puncak, Bogor, semalam.
SAFEE menjadi tumpuan orang ramai ketika menjalani latihan bersama pasukan Pelita Jaya di Puncak, Bogor, semalam.

Dia jelas seorang pemain profesional yang hebat: Jurulatih Pelita Jaya

WALAUPUN baru hanya tiga hari menjalani latihan bersama kelab barunya, Pelita Jaya, tetapi Safee Sali tidak perlu menunggu lama memikat hati pengendali kelab itu, Misha Radovic.
Semalam, jurulatih kelahiran Belgrade, Serbia yang mempunyai kerakyatan Australia itu menghamburkan pujian dengan sikap dan komitmen ditunjukkan Safee serta tidak menyembunyikan harapan tingginya terhadap bekas penyerang Selangor berkenaan.

“Walaupun baru pertama kali beraksi di luar, dia jelas seorang pemain profesional yang hebat kerana pantas menyesuaikan diri dengan pasukan dan persekitaran,” kata Radovic yang pernah mewakili pasukan Bawah 18 dan 21 Yugoslavia yang muncul juara Eropah pada 1979.

“Komitmen dan semangat sepasukannya juga tinggi. Saya amat berharap dia dapat membantu kami, terutama mempertajamkan bahagian serangan pasukan yang agak tumpul. Itu menjadi antara faktor kami terperosok di tangga bawah Liga Super Indonesia (ISL),” katanya.

Radovic, 50, yang mengambil alih tugas bekas bintang sensasi Singapura, Fandi Ahmad mengendalikan Pelita Jaya tiga bulan lalu berkata, selain Safee, dia turut mendapatkan dua lagi pemain import baru iaitu Chris Diog, bekas pemain Nottingham Forest dan Troy Herefield, pemain B-23 Australia.

“Saya amat berharap tiga pemain import baru ini akan dapat membantu kami,” katanya yang merancang menggandingkan Safee dengan satu-satunya pemain import yang dikekalkan dari Paraguay, Juan Ramirez di posisi serangan.

“Walaupun sebahagian besar pasukan ini dibarisi pemain muda, mereka membuktikan keupayaan mampu bersaing dengan pasukan handalan lain. Cuma kami kurang bernasib baik apabila dikecewakan dengan jaringan saat akhir lawan yang menyebabkan tewas tipis dalam sebahagian besar perlawanan,” katanya.


Sali harap anak cetus minat pemain beraksi di luar negara

“SAYA harap dia (Safee) mampu menjadi perintis dan mencetus minat pemain Malaysia lain mengadu nasib beraksi di luar negara,” kata bapa kepada Safee, Sali Mian, 64, semalam.

Sali yang juga bekas polis mengakui walaupun sebelum ini menentang hasrat anak kelapan daripada 12 beradik itu berpindah ke Indonesia dengan menyertai kelab Pelita Jaya, tetapi pendiriannya berubah serta merta melihat sambutan diterima anaknya itu sejak tiba di Jakarta, seminggu lalu.

“Tidak sangka dia (Safee) begitu popular dan diterima baik di sini. Saya harap dia tidak sombong diri, sebaliknya menjadikan segala sokongan diterima sebagai dorongan bermain lebih baik dan membalas kepercayaan kelab,” katanya.

Ketika ditanya adakah Safee seorang anak manja hingga dia terpaksa menemaninya ke Jakarta, Sali menjawab: “Dia bukan anak manja atau tidak mampu berdikari. Lagi pun, saya bukan menemaninya hingga dia tamat kontrak di sini.

“Saya akan balik semula ke Malaysia 13 Mac ini selepas melihat satu atau dua perlawanan dia beraksi. Saya harap kehadiran saya mampu memberi sokongan kepadanya seperti sebelum ini hadir menyaksikan setiap kali dia bermain sejak sekolah rendah.”

Selain Sali, turut menemani Safee ialah isteri tercintanya, Sabarina Yusof, 29, serta dua permata kesayangan, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nur Syasya Sofrina, 15 bulan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...