Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 15, 2011

Real tetap hebat tanpa Casillas (Metro Online)

BARCELONA: Tanpa penjaga gol Iker Casillas yang dibuang padang selepas hanya dua minit beraksi gagal menghalang Real Madrid menewaskan Espanyol 1-0, semalam, sekali gus merapatkan jurang lima mata dengan Barcelona di tangga teratas La Liga.

Rekod 16 kemenangan berturut-turut Barca lebur, kelmarin, apabila mereka terpaksa bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 di Sporting Gijon.


Kesempatan itu pantas diambil Real apabila tampil dengan semangat juang tinggi di stadium Cornella-El Prat.

Kapten skuad juara Piala Dunia, Sepanyol, Casillas dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Jose Callejon di luar kotak penalti dan jurulatih Real, Jose Mourinho memasukkan penjaga gol simpanan, Antonio Adan menggantikan pemain sayap Argentina, Angel Di Maria.


Keputusan pengadil itu menceriakan penyokong tuan rumah namun mereka dikejutkan pada minit ke-24 apabila pemain pertahanan Real, Marcelo yang meloloskan diri di bahagian kiri merembat kencang melepasi Carlos Kameni dari sudut sukar.


Pemain yang dipinjamkan dari Manchester City, Emmanuel Adebayor hampir melebarkan kedudukan di minit ke-40 namun lambungan pemain antarabangsa Togo itu terkena palang gol.

Adebayor berpeluang mengukuhkan kedudukan di lewat babak kedua namun Kameni menafikan dua percubaan bahayanya manakala Joan Verdu hampir berjaya menewaskan Adan.


Mourinho berkata, Real beraksi cemerlang untuk menundukkan pasukan lawan yang hebat meskipun kehilangan seorang pemain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...