Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 9, 2011

Rantai Safee (Metro Online)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

MEMBARA...skuad negara memanaskan badan sebelum menjalani latihan  di Stadium Shah Alam, semalam.
MEMBARA...skuad negara memanaskan badan sebelum menjalani latihan di Stadium Shah Alam, semalam.

MUNGKIN sekadar bermain psikologi, namun jika Mohd Safee Sali beraksi pada perlawanan persahabatan malam ini, barisan pertahanan Hong Kong bersedia untuk merantai pergerakan penyerang kebangsaan itu.

Ketua jurulatih Hong Kong, Tsang Wai Chung memilih pemain menyarung jersi nombor 10 itu sebagai satu ancaman besar.


Malah, beliau merendah diri dengan melabel Malaysia pasukan hebat apabila menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu.

“Saya membawa 20 pemain ke sini untuk mencabar juara Asean, saya melihat aksi Malaysia di televisyen pada kejohanan Piala AFF dan mereka bermain sangat bagus. Saya harap perlawanan dengan Malaysia memberikan pengalaman baik untuk pemain saya.


“Saya juga menyaksikan aksi Malaysia di Sukan Asia di Guangzhou tahun lalu, mereka sungguh bersemangat, pantas dan bagus ketika melancarkan serangan balas. “Saya mengkaji permainan Malaysia untuk mencari kelemahan mereka, tapi malangnya saya gagal mengesannya,” katanya secara berseloroh pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


Malah, beliau turut memaklumkan anak buahnya perlu mengekang pergerakan Safee selepas mengetahui penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF itu tidak berdepan masalah untuk diturunkan.

“Pemain nombor 10 (Safee) akan bermain?...Oh 'bad luck! (nasib tak baik)” kata Wai Chung sebelum membawa pasukannya menjalani latihan di Stadium Shah Alam yang menjadi lokasi perlawanan malam ini.


Menurutnya, akibat masalah kecederaan pemain dan jadual liga tempatan yang ketat, beliau tidak dapat membawa beberapa pemain tonggak.

“Tidak ada pemain dalam skuad Hong Kong sekarang yang beraksi di liga luar negara, cuma ada seorang yang bermain di liga China tapi dia tidak dapat bersama kerana cedera. Purata umur pemain adalah 24 tahun dan ada di antara mereka pernah bermain di Sukan Asia Guangzhou.


“Kami ke sini untuk mendapatkan pengalaman dengan bermain pasukan yang bagus,” katanya yang sudah 10 bulan mengendalikan skuad Hong Kong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...