Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 21, 2011

Pusingan pertama Piala FA catat 40 gol (Sinar Harian Online)




SAINGAN Piala FA melibatkan 11 perlawanan yang diadakan serentak malam kelmarin, merekodkan satu lagi catatan menarik dalam sejarah bola sepak tempatan apabila 40 gol berjaya dijaringkan.

Tiga pasukan dari saingan Liga Perdana, Selangor PKNS, Sime Darby dan Johor berjaya menyumbat lima gol manakala Perak yang beraksi dalam Liga Super musim ini turut menampilkan aksi garang apabila skuad bimbingan Norizan Bakar itu meledak empat gol.

Sementara itu, skuad Harimau Muda B turut menampilkan persembahan cemerlang selepas membenam cabaran Kelab Sukan Melodi Jaya 4-0.

Dalam pada itu, malang buat skuad Perlis apabila gagal mara ke pusingan kedua selepas tewas 0-2 di tangan juara Liga Perdana musim lalu, Felda United.

Skuad Singa Utara itu gagal menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri malah kesempatan beraksi menentang 10 pemain lawan gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Kekalahan terbaru ini menambah lagi duka Perlis yang kini menghuni kedudukan tercorot Liga Super dengan gagal mencatatkan sebarang kemenangan daripada empat perlawanan yang diharungi.

Perlawanan pusingan kedua dijangka diadakan pada 4 Mac depan dengan melibatkan pertemuan Selangor menentang Harimau Muda B, Harimau Muda A bertemu Johor, Johor melawan Kelantan dan Felda United menanti kunjungan Kedah.

Selain itu, Selangor PKNS menjadi tuan rumah kepada perlawanan menentang Pahang, Perak melawan Sime Darby dan ATM bakal membuat percakaran dengan Terengganu.

Manakala, juara bertahan Negeri Sembilan menghadapi Kuala Lumpur.

Selangor pasukan paling unggul dengan lima kali kejuaraan, diikuti Kedah berkongsi tiga kali gelaran dengan Kuala Lumpur, manakala Negeri Sembilan dua kali, Perak juga dua kali serta Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang dan Johor masing-masing muncul juara sebanyak satu kali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...