Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Perlis tak cadang rombak barisan utama (Harian Metro Online)

PERLIS tidak bercadang melakukan rombakan terhadap barisan utama bertemu Selangor di Stadium Utama Negeri Kangar, malam ini, biarpun tewas kepada Pahang di Kuantan, Sabtu lalu.

Ketua jurulatih, Mosthakeen Omar berkata, barisan yang diturunkan pada pertemuan dengan skuad Tok Gajah adalah yang terbaik ketika ini.

Justeru, beliau memberi kepercayaan kepada barisan sama untuk menghadirkan keputusan meyakinkan.

“Walaupun bakal berdepan Selangor, kita tidak bercadang membuat rombakan barisan pemain.

“Barisan ini menunjukkan persembahan baik, cuma ada beberapa kelemahan yang perlu ditangani terutama jentera serangan agar lebih tajam dan berkesan,” katanya.

Pemain Perlis diingatkan supaya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan selain persembahan berganda bagi memastikan impian mengutip mata tercapai.

“Saya sudah ingatkan pemain supaya jangan sesekali menghormati lawan. Biar sehebat mana cabaran yang bakal dihadapi, mereka tidak harus patah semangat, terus berjuang hingga ke wisel penamat.

“Paling penting mereka perlu berganding secara mantap, barisan pertahanan perlu bijak dan pantas mematahkan serangan lawan manakala barisan depan pula jangan mensia-siakan peluang meledakkan jaringan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena