Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 27, 2011

Perak terus ekori Kelantan (Berita Harian Online)

Oleh Sukhairi Abd Thani, Hamid Salleh, Rizar Mohd Nor, Mohd Amin Jalil dan Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
2011/02/27

 PEMAIN Pahang, R Kartigesu (tengah) cuba melepasi pertahanan Perak dalam saingan  di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Pahang  tewas 0-2.
PEMAIN Pahang, R Kartigesu (tengah) cuba melepasi pertahanan Perak dalam saingan di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Pahang tewas 0-2.

Selangor gagal baiki kedudukan selepas seri dengan Johor FC

PERAK melebarkan rekod tanpa kalah musim ini untuk mengutip 11 mata dan melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas membenam Pahang 2-0 manakala T-Team merakam kemenangan pertama untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran apabila membelasah Perlis, 3-0, malam tadi.

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, skuad Perak bimbingan Norizan Bakar mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Syafiq Jamal pada minit ke-23 dan Akmal Rizal Rakhli (m45) untuk memungut tiga mata dan berkongsi dengan pendahulu Kelantan yang mendahului dengan perbezaan jaringan.

Di Stadium Shah Alam, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria membuktikan kemampuannya sebagai peledak berbisa apabila merobek gawang FELDA United menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti tiga minit sebaik babak kedua bermula.

Namun anak buah E Elavarasan bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67 yang disempurnakan Liew Kit Kong selepas S Sivanesan mengasari Farderin Kadir di dalam kotak penalti.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team merakam kemenangan sulung musim ini apabila meratah Perlis 3-0 hasil dua gol Khairul Izwan Khalid (m3, 59) dan Mohd Badrul Hisani Abd Rahman (m10).

Pada babak kedua, Perlis berpeluang merapatkan jurang apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan, Azizi Matt Rose tetapi tendangan Mohd Faiz Subri terkena palang dan melantun keluar.

Di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi, Hairuddin Omar menyelamatkan maruah tuan rumah apabila meledak gol pada minit ke-76 untuk membolehkan Negeri Sembilan mengatasi Sabah 1-0, selepas menerima hantaran cantik Mohd Zaquan Adha Abd Razak yang diturunkan buat pertama kali selepas berehat panjang akibat kecederaan.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor FC menyekat hasrat juara bertahan, Selangor daripada melonjak ke tangga ketiga liga selepas mengikat pelawat tanpa jaringan, sekali pun Merah Kuning mendapat beberapa peluang keemasan untuk memecah kebuntuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...