Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, February 26, 2011

Pemain Pahang 'asah' mental jumpa Perak (Utusan Malaysia Online)

KUANTAN - Mental kesebelasan skuad Pahang perlu kuat jika mahu meneruskan kemenangan ketika menentang pasukan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini.

Walaupun anak buah Norizan Bakar kini berada di tangga ke dua carta Liga Super di belakang Kelantan, pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh tidak mahu mental anak buahnya terganggu dengan catatan itu.

Berbanding Pahang yang kini di tangga ke enam, anak buah Dollah Salleh perlu membuang jauh rasa hormat kepada skuad Perak sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengutip tiga mata.

"Atas kertas memang skuad Perak nampak gah di tangga dua persada liga tetapi sebenarnya kemampuan Pahang tidak jauh berbeza dengan skuad Perak dan kita yakin boleh menang jika pemain berfikiran positif," kata Che Nasir.

Pahang mungkin tidak dapat mengelak daripada rasa gentar bertemu dengan anak buah Cikgu Jan jika carta Liga di ambil kira kerana perlawanan malam ini boleh di anggap ujian sebenar prestasi Pahang.

Walaupun boleh berbangga dengan rekod dua kemenangan di hadapan penyokong sendiri ketika menewaskan T Team dan Sabah tetapi kejayaan pada saingan Liga Super dan Piala FA itu bukan ujian sebenar .

T Team kini menghuni di tangga dua tercorot dan Sabah di Liga Perdana berbanding Perak yang belum pernah tewas dan dilaporkan bersedia untuk meneruskan rentak kejayaan di hadapan penyokong Pahang.

Bukan sekadar Perak di tangga ke dua, Harimau A ke tiga dan Felda United ke lima pernah menewaskan Pahang di gelanggang sendiri yang perlu jadikan analisis untuk menguji kekuatan sebenar Pahang.

Che Nasir berkata, Dollah Salleh sudah pasti menyedari kelemahan dan kekuatan bagi mengelakkan Pahang tewas dalam perlawanan yang di anggap benar-benar menguji keupayaan untuk menjadi pasukan pertama menewaskan Perak.

"Pahang sudah bersedia dan semua pemain utama tidak mengalami kecederaan dan sedia untuk beraksi dan yakin kita mampu menewaskan Perak jika mental pemain benar-benar kental," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena