Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 20, 2011

Pemain kebangsaan perlu kerap kumpul bersama (Sinar harian Online)

Raja Bola, Datuk Abdul Ghani Minhat mencadangkan pemain skuad kebangsaan yang bermain dengan pelbagai negeri dan kelab dikumpulkan sebulan sekali untuk menjalani latihan.

Menurutnya, amalan mengumpul pemain dari pelbagai negeri dan kelab untuk membentuk skuad kebangsaan tidak akan menjejaskan momentum sebagai sebuah pasukan bagi menghadapi kejohanan.

“Kalau sudah sampai dua bulan tidak berlatih bersama, lebih baik panggil mereka berlatih jangan biar mereka tidak jumpa lama,” katanya ketika ditanya mengenai amalan sukan bola sepak di negara ini yang hanya mengumpulkan pemain untuk membentuk skuad mewakili negara dalam tempoh terdekat sebelum sesuatu kejohanan.

Menurutnya, tidak semestinya pemain negara perlu disatukan dan bermain secara tetap dalam satu pasukan.

“Apa yang penting mereka sentiasa berlatih bersama secara konsisten, bukan sekadar duduk diam sahaja,” katanya.

Abdul Ghani berkata, bermain dengan pasukan negeri atau kelab yang berbeza akan mendedahkan pemain dengan pelbagai corak latihan dan dalam masa sama memperkembangkan permainan mereka.

“Tujuan berlatih bersama adalah untuk lebih mengenali gaya permai-nan antara satu sama lain, persefahaman akan wujud kalau mereka berlatih dengan baik bersama,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...