Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 6, 2011

Pemain Jepun ada harga di Bundesliga (Metro Online)

TOKYO: Pemain yang baru dibeli Stuttgart, Shinji Okazaki muncul eksport bola sepak terbaru Jepun ke Jerman dengan Bundesliga mengambil ramai bakat terbaik negara Asia Timur itu dengan harga yang murah atau tanpa sebarang bayaran.

Penyerang itu adalah pemain keenam Jepun yang berhijrah ke Jerman selepas Piala Dunia Afrika Selatan, bukan hanya membuktikan status Jepun dalam permainan global tetapi juga membantu menghilangkan persepsi lama pemain Asia tidak boleh beraksi di liga Eropah.


Shinji Kagawa berpindah ke Borussia Dortmund Julai lalu dan sudah menjaringkan lapan gol memainkan peranan penting melonjakkan pasukan itu ke puncak carta Bundesliga.

Atsuto Uchida, Kisho Yano, Tomoaki Makino dan Hajime Hosogai sudah mengikut jejak langkah Kagawa yang berusia 21 tahun.


Dortmund mendapat Kagawa yang ternyata amat berbakat dengan harga murah - hanya 350,000 euro (RM1.4 juta).


“Kelab Jerman menyedari Jepun memiliki ramai pemain berbakat dan mereka tidak perlukan sebarang bayaran perpindahan,” menurut majalah sukan ternama Jepun, Number.

Stuttgart menunggu hingga kontrak Okazaki bersama kelab Liga-J, Shimizu S-Pulse berakhir pada hujung Januari sebelum mereka mengikatnya dengan percuma.


“Saya tidak rugi apa-apa dan saya yakin bertindak dengan baik. Saya lebih berasa gembira dan tidak tertekan,” kata penyerang itu sebelum meninggalkan lapangan terbang Narita, kelmarin. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...