Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Peluang makin tipis - ( Metro Online)

MADRID: Melangkah ke pentas final Piala Raja-Raja kini lebih penting bagi Real Madrid selepas mengalami kekalahan pada saingan La Liga.

Skuad kendalian Jose Mourinho yang kini mendahului Sevilla 1-0 menjelang perlawanan kedua separuh akhir di tempat sendiri, hari ini, sedar impian mereka mengejar pendahulu liga, Barcelona semakin tipis selepas tewas mengejut kepada Osasuna.


Keputusan itu menyaksikan mereka kini ketinggalan tujuh mata berbanding skuad kendalian Pep Guardiola pada saingan liga. Juara bertahan itu akan berkunjung ke Almeria dengan bekalan selesa hasil kemenangan 5-0 pada separuh akhir pertama saingan Piala Raja-Raja.

“Kami sentiasa memberi tumpuan pada perlawanan seterusnya dan tidak pernah memikirkan kekalahan,” kata kapten Real Madrid, Iker Casillas.


“Kini kami harus meningkatkan keyakinan dan menumpukan sepenuhnya saingan Piala Raja-Raja kerana hanya tinggal selangkah sebelum ke pentas final.” Mourinho dijangka menggunakan semula khidmat Xabi Alonso untuk memperkuatkan bahagian tengah selepas pulih daripada selesema sekali gus memberi peluang kepada Emmanuel Adebayor yang baru menyertai Real menyesuaikan diri dengan corak permainan rakan sepasukannya itu.


Real yang kali terakhir menjulang piala itu pada 1993, memenangi semua perlawanan di tempat sendiri musim ini.

Sevilla pula bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri 3-3 ketika beraksi dengan 10 pemain di Deportivo Coruna, Sabtu lalu.


Mereka dijangka akan menurunkan pemain yang baru ditandatangani iaitu Ivan Rakitic dan Gary Medel pada pertemuan dengan Real. Jesus Navas dan Ndri Romaric dijangka tidak mempunyai masalah untuk diturunkan selepas tidak beraksi di Deportivo.

Barcelona pula dijangka membariskan ramai pemain simpanan ketika bertemu Almeria yang menduduki tangga kedua tercorot liga dan tidak pernah beraksi di final Piala Raja-Raja. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...