Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 23, 2011

Pakistan waspada (Harian Metro Online)

WALAUPUN menyedari reputasi hebat Malaysia sejak kebelakangan ini, jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi tetap optimis peluang anak buahnya malam ini.

“Saya tahu mengenai kejayaan Malaysia sebelum ini serta membuat sedikit kajian, namun apa yang penting saya sudah menanamkan mentaliti mencipta kemenangan di kalangan pemain terutama selepas menjalani latihan persediaan kira-kira dua minggu di Thailand pada awal bulan ini.

“Selain tidak memandang rendah keupayaan lawan, paling penting mereka mampu mempamerkan permainan terbaik,” kata jurulatih berusia 59 tahun itu pada sidang media semalam.

Menurutnya lagi, mereka sudah mencapai matlamat latihan di Thailand dengan pemain mendapat pendedahan sepatutnya apabila mengharungi empat perlawanan persahabatan, termasuk menentang skuad Olimpik negara jiran itu.

“Mereka kini berada dalam keadaan baik, bersemangat dan bersatu. Semoga mereka dapat memberikan perlawanan yang bagus,” katanya. sambil menekankan semua pemainnya cergas untuk diturunkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...