Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 7, 2011

Pahang tak boleh leka (Metro Online)

Oleh Asrol Awang

PENGURUS Pahang, Datuk Che Nasir Salleh mahu pemain melupakan kekalahan 1-3 di tangan Harimau Muda A bagi meneruskan misi berada pada kedudukan terbaik Liga Super musim ini.

Menurutnya, ini kerana kekalahan itu adalah yang pertama daripada dua perlawanan dan tiada yang perlu dibimbangkan kerana perjalanan skuad kendalian Dollah Salleh masih lagi jauh.


“Saya harap pemain bangkit untuk meletakkan Pahang pada kedudukan selesa dan tidak lagi melakukan kesilapan mudah seperti dipersembahkan pada perlawanan dengan Harimau Muda A.

“Saya percaya pemain mampu melakar kejayaan memandangkan mereka sudah membuktikannya ketika menewaskan Perlis 3-1 pada aksi pembuka tirai liga.


“Oleh itu, tidak mustahil untuk mempamerkan aksi sama atau lebih bagus bagi mencapai misi utama menjulang satu piala berprestij musim ini,” katanya semalam.


Ditanya tempoh rehat sebelum aksi liga bersambung, Che Nasir berkata, semua pemain sudah mula menjalani latihan sejak Sabtu lalu, termasuk mengadakan perlawanan persahabatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...